skip to main | skip to sidebar
  • Utama
  • My Picture
  • Links
  • Buku Tamu
Hari Ini :

Wednesday, June 3, 2009

Doa mohon Keberkatan

Align Center"Ya Allah Kau telah satu kan hati ini maka kau satukan lah hati ini dalam mebina rumah tangga yang penuh dengan ketaatan kepada mu, dan serikan lah rumah tangga kami dengan rahmat dan kasih sayang mu..Dan jauhkan kanlah rumah tangga kami dari unsur maksiat.Dan moga isretiku taat kepada ku selagi mana aku berpegang dangan tali mu.amin ya rabbal alamin"
Posted by maria_uzqan at 9:10 AM

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
maria_uzqan
Wanita yag bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang kepada taman yang subur yang menghijau
View my complete profile

My Lovely Parents

My Lovely Parents

Sembang Da'ie


Wasiat 10


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Renungan Hikmah


Salam Ukuhwah fillah http://uqailah.blogspot.com

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang

Setiap kehidupan akan menghadapi cabaran. Cabaran dalam satu definisi: a situation or difficulty that tests one's ability to do something. yang membawa maksud satu situasi atau kesukaran yang menguji kebolehan kita membuat sesuatu.

"Dua sifat semula jadi manusia yang ada pada setiap individu ialah kekuatan dan kelemahan. Kekuatan dan kelemahan ini mempengaruhi kehidupan manusia melalui tiga aspek iaitu aspek mental (fikiran), fizikal (anggota) dan spiritual (semangat).

Kunci ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu!. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh Walter Doyle Staples, 1991 dalam bukunya berjodol "Think Like A Winner".

Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allag akan kekal dan Allah beri tambahan pahala kepada orang-orang yang sabar.

Sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan dan sesudah tangisan ada kesenangan, sesudah malam adanya siang, mendung kesusahan akan segera lenyap, malam kesusahan akan jadi terang, semua bencana pasti akan lenyap, segala kesulitan pasti akan berakhir dengan izin Çááå... Esok akan merekahlah bunga yang harum aromanya, mengusir segala kesedihan dan menjadi penghibur hati. Alangkah manisnya hidup dalam keikhlasan bersama sahabat yang sudi memahami tuntutan dakwah dan berkorban demi sahabat yang lain. Menerjuni api perjuangan yang tidak pernah nyala, demi mencari redha dan kasih Ilahi... mari berjihad..

Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah(keji).

Bayi yg baru lahir memulakan kedatangannya dengan tangisan tanda dunia penuh dengan air mata - Hamka

Muslimah Idaman Saya Adalah Seorang Muslimah Yang Beriman Yang Jiwanya Ditanam rasa Keizzahan Terhadap Islam Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Akan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Menyatakan Kebenaran Yang Tidak Pernah Gentar Melawan Nafsu Yang Sentiasa Bersama Srikandi –Srikandi Pejuang Agama Allah Muslimah Idaman Saya Adalah Muslimah Yang Menghormati Ibunya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Keluarga Dan Kedua Orang Tuanya Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga Yang Bakal Menolong Suami Dalam Mendidik Anak-Anak Mendalami Islam Yang Mengamalkan Hidup Dengan Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menuju Akhirat Muslimah Idaman ..

Blog Archive

  • ▼  2009 (6)
    • ▼  June (5)
      • Di a ntara koleksi gambar anak buah
      • Doa mohon Keberkatan
      • Bermula Episod Baru
      • Majlis Perundingan
      • Kaum Kerabat Ayah Ku dari Kedah
    • ►  January (1)

Radio - IKIM.fm
Free Radio Online
Design by: afais